Masih ragu-ragu dengan produk kosmetik dan 'body care' di pasaran dengan kesucian dan kebersihannya? InsyaAllah.. Produk BeautyFrenz adalah jawapannya. Keluaran Bumiputra Muslim yang suci dan bersih daripada bahan-bahan yang haram dan meragukan! Gunakan dengan yakin dan tanpa was-was!

20140214

Bandar Seri Putra, Kajang!

 Info Foto: Pandangan Rak Produk

Info Foto: Pandangan Di Sekitar Kaunter Pembayaran

Wakil jualan BeautyFrenz kini telah berada di Bandar Seri Putra, Kajang. Pada warga dan yang berada di sekitar sini, jemput singgah. Kini lebih mudah untuk anda mendapatkan pelbagai produk keluaran Muslim termasuklah produk-produk BeautyFrenz.

Alamat lokasinya adalah:

Madani Halal Mart, BANDAR SRI PUTRA, KAJANG 
No. 27, Jln. Seri Putra 1/2,
Bandar Seri Putra, Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Tel: 012-2909 035 (Pn. Jamaliah)

Wakil Jualan Di Kuantan, Pahang!

Info Foto: Persiapan Terakhir Sebelum Di Hari Pembukaan

Alhamdulillah...

Berita gembira untuk semua dan warga Kuantan khasnya. Stokis kami yang sebelum ini terkenal dan bertapak kukuh di Johor (klik sini untuk info di Johor) kini telah membuka cawangan barunya di Kuantan, Pahang kesinambungan bagi mengembangkan pasaran di Pantai Timur pula.

Sebelum ini terdapat banyak rungutan terutamanya bagi yang memcari dan mempunyai Halalmart / Muslim Produk yang sukar untuk mendapatkan produk keluaran Muslim dan inilah jalan penyelesaian untuk anda. Alhamdulillah..

Lokasinya adalah:

Kedai SRM PT,
No. 3, Bangunan Happy Home,
Batu 6, Jalan Gambang,
25150 Kuantan, Pahang.

Tel:
Fadil 019-771 7421
Khalid 019-755 6701

Kita jumpa di sana!

Facebook Page Rasmi BeautyFrenz:

20140210

Wakil Jualan Kerteh, Terengganu!

Foto: Pandangan Hadapan Farmasi Alamanda

Pada warga Kerteh, Terengganu pasti tidak asing lagi pada Farmasi ini. Ia dikenali sebagai Farmasi Alamanda yang lokasinya tidak berapa jauh dengan Mesra Mall yang terdapat di sekitar situ.

Kini Farmasi Alamanda merupakan antara lokasi yang boleh anda dapatkan produk BeautyFrenz. Alamat lengkapnya ialah:

Farmasi Alamanda,
Lot 50058, Tingkat Bawah,
Jalan Kemaman Dungun,
Kpg. Baru, 24300 Kerteh,
Terengganu Darul Iman.

No. Tel : 09-8266 530

Nota:
Facebook Page BeautyFrenz:
www.facebook.com/BeautyFrenzCosmetic
























20140101

Selamat Datang 2014!


Alhamdulillah..

Tahun 2013 telah berlalu dengan 1001 pengalaman dan pengajaran..

Tahun 2014, 'Selamat Datang Diucapkan'. Semoga Allah mempermudah segala urusan pada kita untuk menjadi lebih baik dan maju jaya berbanding dengan tahun lalu.

Kami warga BeautyFrenz Body Care & Cosmetic mendoakan anda semua berjaya di dunia dan di akhirat. Aminnn...

Nota:
Facebook Page BeautyFrenz:
www.facebook.com/BeautyFrenzCosmetic

20131216

Warna Magic Lipstik Tidak Sama?

-->> Magic Lipstick BeautyFrenz Warna Tidak Sama?


Sememangnya suatu keistimewaan untuk Magic Lipstick BeautyFrenz ini. Anda mungkin perasan perbezaan warna apabila anda gunakan ketika:

**Pada waktu yang sama anda pakai, anda cuba bagi beberapa rakan anda pakai juga atau,

**Anda pakai waktu malam kemudian waktu tengah hari anda pakai lagi atau,

**Badan anda panas (mungkin seharian bekerja di bawah terik matahari) bandingkan ketika anda pakai waktu di pejabat yang berhawa dingin

Itulah keistimewaan BeautyFrenz Magic Lipstik! Perubahan suhu dan emosi anda mempengaruhi warna Magic Lipstick BeautyFrenz yang anda pakai.

Namun fungsi keistimewaannya tetap sama:

"Memberikan lembapan sepanjang masa dengan keistimewaan dari alam semulajadi seperti Minyak Kelapa Dara, ekstrak Aloe Vera, Minyak Zaitun dan Minyak Biji Bunga Matahari tanpa perlu risau kering, pecah atau pedih"
Nota:
Facebook Page BeautyFrenz:
www.facebook.com/BeautyFrenzCosmetic

20131213

BeautyFrenz Di Kinabatangan, Sandakan Sabah!

Negeri Sabah memang terkenal kaya dengan Flora dan Faunanya yang memang dipelihara untuk mengawal kesinambungan alam.

Alhamdulillah.. Produk BeautyFrenz kini sudah berada di sana untuk memudahkan lagi pada warga Sabah amnya, juga pada warga Kinabatangan khasnya untuk mendapatkan produk ini di lokasi berhampiran anda.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Cik Puan Norhayati Mardan,
019-850 1735 / 013-867 1647
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100004482884629&fref=ts


20131203

BeautyFrenz Di Tawau, Sabah!



Anda warga Sabah? Berhampiran Tawau? Ini peluang untuk anda! Kini lebih mudah untuk anda mendapatkan produk-produk BeautyFrenz di sini. Jom..

Hubungi:
En. Khairi Karim
Lokasi Kedai: 
TB 245, TIngkat Bawah, Lot 13, Wisma Wakaf, Jalan Masjid Tawau (Juga menjual pelbagai tudung)

Juga kini dibuka pada yang berminat untuk menjadi ejen di negeri 'Di Bawah Bayu' ini.. Terhad pada yang terawal sahaja :-)

"Kami mempunyai kepakaran untuk memastikan bibir anda kekal cantik, segar dan menawan sepanjang masa tanpa perlu risau kering, pecah dan pedih dengan menggunakan lipstik Halal yang diiktiraf JAKIM."

Perbezaan Ketara Antara Minyak Kelapa Dara Dan Minyak Kelapa (Biasa)



Tahukah anda bahawa terdapat perbezaan ketara antara Minyak Kelapa Dara (VCO) dan Minyak Kelapa (biasa) yang biasa digunakan dalam masakan seharian kita terutamanya dalam masyarakat Melayu?

Perbezaan Pertama:
Warna - Tahukah anda bahawa warna Minyak Kelapa Dara berwarna jernih? 

Ia merupakan warna asal minyak daripada isi kelapa itu sendiri. Berbeza dengan warna Minyak Kelapa Biasa yang berwarna kekuningan.

Perbezaan Kedua:
Cara pembuatan - Tahukan anda bahawa membuat membuat Minyak Kelapa Dara jauh lebih rumit daripada Minyak Kelapa Biasa?

Ini kerana untuk mendapatkan Minyak Kelapa Dara, ia tiada proses kimia dan pemanasan yang biasanya digunakan untuk mendapatkan Minyak Kelapa Biasa yang lebih cepat untuk kuantiti yang banyak.

Perbezaan Ketiga:
Struktuk/ Sifat - Tahukah anda bahawa Minyak Kelapa Dara lebih mudah meresap ke dalam kulit lebih cepat berbanding Minyak Kelapa Biasa?

Sifat asal Minyak Kelapa Dara yang lebih 'halus' struktur minyaknya antara sebab utama ia dijadikan sebagai bahan yang terbaik untuk kulit. Ia mampu menyerap jauh ke dalam kulit dan memberikan tindak balas yang lebih cepat berbanding Minyak Kelapa Biasa yang strukturnya lebih 'likat' dan tidak 'mesra kulit'.



Antara sebab produk Magic Lipstik BeautyFrenz mempunyai bahan ini khas untuk membantu kulit bibir agar segar dan sihat sepanjang masa.

20131116

Promosi Akhir Tahun! YES!

Promosi Akhir Tahun! Khas untuk anda yang berminat untuk Magic Lipstick BeautyFrenz!  2pcs hanya RM45! (Harga Biasa RM50)

Info lanjut KLIK:

www.facebook.com/BeautyFrenzCosmetic

20131027

Az-Zain Seksyen 27, Shah Alam

 Pandangan Hadapan

Produk BeautyFrenz kini anda boleh dapati di Az-Zain Seksyen 27, Shah Alam di alamat:

No. 11, Jln. Kelumpang 1,
27/41 Seksyen 27, 40400 
Shah Alam, Selangor

Tel: 03-5192 2051

Pandangan Dalaman

20131011

Wakil Jualan BeautyFrenz Sungai Buloh

Alhamdulillah..
Kini wakil jualan BeautyFrenz telah berada di Sungai Buloh, Selangor. Pada warga Sungai Buloh dan sekitarnya boleh hubungi:

Melor binti Daud,
UiTM Sungai Buloh, Selangor
010 4310 484


20130911

Di Az-Zain Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh

Produk BeautyFrenz kini boleh anda dapatkan di Az-Zain Bukit Rahman Putra. 

Anda yang berada di sekitar sini, inilah lokasi yang terhampir dengan anda.

Alamat lokasi:

Az-Zain Bukit Rahman Putra,
No. 11, Jalan BRP 1/3, Seksyen U20,
47000 Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh.

No. Telefon: 013 6703 956 (En. Azri)

20130826

Wakil Jualan Temerloh, Pahang!

Pernah dengar gelaran 'Pusat' atau 'Titik Tengah' Semenanjung Malaysia?


Itu adalah gelaran bagi Daerah Temerloh ini. Anda ambil peta semenanjung Malaysia,  buatkan satu titik di tengah-tengahnya.
Itulah Daerah Temerloh!
Alhamdulillah.. BeautyFrenz telah berjaya menapak di lokasi daerah tersebut. Jom singgah! Hampir semua barang keperluan harian ada di sana. Dari gel mandian hinggalah ke telekung. Semua ada.

Alamat lokasi:

Al-Munawwarah & COOP Mart,
No 22, Ground Floor,
Jalan Datuk Bahaman 2,
28000 Temerloh, Pahang.

20130806

Kini Di Casa Limbong, Kemaman, Terengganu

Anda pernah ke Kemaman, Terengganu? Mungkin anda pernah melihat bangunan yang tesergam ini. 


Alhamdulillah.. Kini BeautyFrenz telah memasuki pasaran Kemaman, Terengganu salah satu kedai di dalam bangunan CASA LIMBONG ini. Pada anda yang berada sekitar sini yang teringin dan selama ini sukar untuk mendapatkan pelbagai produk-produk Muslim selain produk BeautyFrenz, jemput singgah di alamat..

DCENTELLA HERBSHOP
GB48, Tingkat Bawah,
Casa Limbong, Jalan Lebai Saras,
24000 Chukai, Kemaman,
Terengganu Darul Iman

20130724

Siri 2: Buah Zaitun, Buah Zaitun Dari Sudut Sains

-Antara Bahan Kandungan Magic Lipstik & Vanilla Lip Balm-


Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. 

Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.

Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. 

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai.

Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'.


Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik.

Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...